Format
Pengucapan Awam
Di
dalam setiap pengucapan awam, terdapat beberapa bahagian penting yang perlu
diucapkan. Antaranya termasuklah ucapan:
i.
pembukaan atau pengenalan,
ii.
isi kandungan, dan
iii.
kesimpulan atau rumusan.
Namun, bagi setiap bahagian harus ditetapkan
peratusan pembahagian masa untuk menyampaikan sesuatu ucapan.
Bagi bahagian pembukaan atau pengenalan,
kandungannya adalah 15%, bahagian
isi kandungan pula 75% dan bahagian
kesimpulan atau rumusan adalah 10%
dari jumlah masa yang diberikan.
Ucapan Pembukaan Atau Pengenalan – 15% ucapan
Di dalam ucapan pembukaan atau pengenalan perlu
didahului dengan ucapan salam atau ucapan hormat seperti assalamualaikum,
selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia atau mana-mana yang sesuai.
Seterusnya, ucapan kata aluan hendaklah
diselitkan namun perlukan mengikut protokol dalam sesuatu majlis bermula dari
pangkat tertinggi hingga audien biasa. Antara kata aluan termasuk contoh
pangkat termasuklah:
i.
Yang Amat
Berhormat – Perdana Menteri / Timbalan PM
ii. Yang Berusaha – Pengarah
iii. Yang Berhormat – Exco
iv. Yang Dihormati - Polis
Selain
itu, tujuan atau matlamat mengadakan majlis atau ucapan dibuat juga perlu
dijelaskan kepada semua audien secara umum.
Isi Kandungan – 75% ucapan
Dalam ucapan ini, tujuan atau matlamat ucapan
hendaklah dijelaskan secara lebih terperinci. Ia termasuklah siapakah audien
yang hadir dan jika perlu dengan jumlah bilangannya.
Ucapan yang diberikan juga perlu fokus kepada
perkara yang berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan (selari tujuan atau
matlamat).
Bahkan, setiap bait-bait ucapan juga hendaklah
sesuai dengan tahap audien terutama tahap pemikiran mereka.
Kesimpulan Atau Rumusan – 10% ucapan
Dalam bahagian ini, rumusan mengenai
tajuk perlu dibuat dan hanya memberi fokus terhadap perkara penting sahaja.
Selain itu, individu yang memberi ucapan juga digalakkan menyatakan hasrat yang
diingini berdasarkan hasil kupasan tajuk yang telah ditetapkan.
Akhir sekali, ucapan terima kasih
diucapkan kepada semua audien.
Tip Melakukan Pengucapan Awam
i.
First Impression Atau Pandangan Pertama
Pakai pakaian yang sesuai
Datang awal
Menjaga bahasa badan – atur langkah yang baik
Cara memberi ucapan – sambil bercakap senyum
ii.
Pergerakan Tangan
Dalam keadaan terkawal
Jika menunjukkan sesuatu kebaikan – dekatkan ke
badan / tunjuk pada diri sendiri atau orang lain
iii. Eye Contact Atau Hubungan Mata
Ada eye contact dengan audien
Pandang dengan sepintas lalu
Tidak terlalu tertumpu kepada seseorang audien
sahaja.
Tip-Tip Lain
i.
Pengucapan Yang Berkesan
ü Ucapan yang sesuai atau relevan
ü Ringan dan penuh maklumat
ü Menarik perhatian audien –kongsi contoh yang
sesuai
ü Intonasi suara yang sesuai
ü Gaya bahasa atau mimik muka atau pergerakan
tangan yang sesuai
ü Bergantung faktor semasa atau setempat
ii.
Mengelak Rasa Gementar
ü Membuat persediaan awal – buat latihan (depan
cermin)
ü Mulakan dengan bacaan doa
ü Kawal pernafasan
ü Kawal minda
ü Kawalan emosi – motivasikan diri
Kebaikan Mahir Pengucapan Awam
®
Meningkatkan
keyakinan diri sendiri
®
Meninggikan
modal insan
®
Tumpuan
sosial yang lebih baik
®
Tingkatkan
kemahiran berucap
No comments:
Post a Comment