Monday, April 8, 2019

LAPORAN AKTIVITI PROJEK TANAMAN TERUNG



LAPORAN AKTIVITI PROJEK TANAMAN TERUNG


TARIKH: Sesi Jun 2015
TEMPAT: Ladang Politeknik Jeli Kelantan

PENDAHULUAN

Projek tanaman terung ini adalah hasil kerjasama antara Politeknik Jeli Kelantan bersama Beneficial Microorganism (BMO) Enterprise.Segala keperluan untuk penanaman tanaman terung bermula dari benih, tanah, racun organik, nasihat dan banyak lagi disediakan oleh pihak BMO.Projek ini turut melibatkan pensyarah iaitu Encik Mohd Noor Bin Salleh dan Encik Amin dalam membantu menyelia pelajar jurusan Diploma Agroteknologi Semester 1 dan Semester 2 Sesi Jun 2015.Penyelia projek tanaman terung, Encik Hakiki bertindak sebagai pemantau dan berurusan dengan pihak BMO bagi mendapatkan nasihat berkaitan pengurusan tanaman terung.

OBJEKTIF

Projek Tanaman Terung ini dijalankan bertujuan:
1.      Memberi pendedahan kepada pelajar jurusan Diploma Agrteknologi Semester 1 dan Semester 2 Sesi Jun 2015 mengenai pengurusan tanaman terung dengan lebih efektif.
2.      Memberi kemahiran kepada pelajar mengenai pengurusan tanaman terung.
3.      Mengaplikasikan apa yang dipelajari di bilik kuliah ke ladang.


PENGURUSAN PROJEK

1.0 PENYEDIAAN TAPAK

Terung tumbuh subur di kawasan ketinggian sehingga 900 a.p.l. Ia memerlukan perubahan kecil dalam suhu seharian dan keadaan sekitar terlindung .pH tanah yang paling sesuai bagi penanaman tanaman terung adalah antara 6.0-7.0.Penyediaan tapak bagi Projek Tanaman Terung adalah sangat penting untuk pengurusan tanaman terung dan tumbuhan-tumbuhan lain. Tanah yang rata, punca air yang berdekatan, saliran air yang baik, dan lain-lain.

Tanah yang rata akan membantu pengurusan penanaman tanaman terung. Oleh itu, kawasan yang akan digunakan sebagai tapak projek hendaklah diratakan dengan sebaiknya sama ada menggunakan kaedah manual atau dengan penggunaan jentera. Cangkul digunakan melalui kaedah manual dimana tenaga manusia digunakan bagi meratakan tanah.

Sistem saliran air juga perlu disediakan semasa penyediaan tapak bagi penanaman tanaman terung.Tapak projek mestilah mempunyai sistem saliran air yang baik dimana dapat menggelakkan berlakunya kejadian banjir dan sekaligus mendatangkan kerugian.Pembinaan longkang atau parit disekeliling tapak projek dan mengalirkan air keluarkan dari kawasan projek adalah langkah terbaikuntuk menggelakkan air bertakung.

Pokok-pokok kecil, rumpai, batu-batuan dan pelbagai jenis bahan yang berada di kawasan tapak projek turut dibuang bagi melincinkan kawasan tapak bagi penanaman tanaman terung.
















Gambar 1: Kawasan tapak projek diratakan dan dibersihkan. Kawasan yang berlubang akan diganti dengan tanah yang lain bagi mengelakkan berlaku becak dan banjir di kawasan tapak projek.

Gambar 1

Gambar1: Kawasan tapak projek diratakan dan dibersihkan. Kawasan yang berlubang akan diganti dengan tanah yang lain bagi mengelakkan berlaku becak dan banjir di kawasan tapak projek.






2.0 PENYEDIAAN BENIH
        
    Anak benih projek tanaman terung telah disediakan oleh pihak BMO.Semaian anak benih telah dilakukan dalam dulang “germination tray” yang mengandungi media peat moss.Penggunaan media peat moss adalah kaedah terbaik kerana media ini memiliki kelebihan-kelebihannya yang tersendiri.Antaranya mampu menyimpan air dalam tempoh yang lama, kaya dengan nutrient bagi tanaman, mempecepatkan pertumbuhan serta penyebaran akar dan mengurangkan kepadatan tanah.

            Anak benih terung disemai dalam nurseri dalam tempoh dua minggu.Segala keperluan utama anak benih terung yang telah becambah dikawal dari segi pencahayaan, keperluan air dan lain-lain.Apabila daun anak benih terung telah keluar antara 2 hingga 3 helai maka, anak benih bolehlah dipindahkan ke tapak penanaman.




3.0 PENYEDIAAN TANAH (POLIBEG)
           
          Projek tanaman terung ini adalah projek kerjasama antara Politeknik Jeli Kelantan dan BMO Interprise. Pihak BMO akan menyedikan segala keperluan utama seperti anak benih, media bagi tanaman dan menjadi penasihat bagi menguruskan projek yang telah dibina atas persetujuan bersama.
          
           Pihak BMO telah menyediakan tanah campuran bagi tanaman di dalam polibeg dimana nisbah tanah campuran antara tanah, pasir dan organik adalah 3:2:1. Setelah tanah campuran yang dibuat oleh pihak BMO telah sampai di Politeknik Jeli, tanah campuran yang diisi dengan polibeg akan disusun secara sistematik. Sebelum polibeg disusun, “silver shine” telah dihamparkan di atas permukaan tanah untuk mengawal pertumbuhan rumpai di sekeliling kawasan tanaman terung.



Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4

Gambar 2, Gambar 3 dan Gambar 4: Polibeg yang diterima dari pihak BMO disusun di atas “silver shine” bagi mengawal pertumbuhan rumpai di kawasan sekeliling tanaman terung.



4.0 SISTEM PENGURUSAN AIR
  
          Antara keperluan utama untuk tanaman hidup adalah cahaya dan air.Adalah menjadi keinginan setiap petani atau pengusaha tanaman untuk memastikan tanaman mereka hidup subur.Pengurusan air yang baik adalah antara kaedah untuk memastikan tanaman hidup subur dan tahan lebih lama.
        
        Sistem pengurusan air ini dilakukan semasa polibeg yang mengandungi campuran tanah disusun di atas “silver shine”.Tanaman akan menerima air dari tangki penyimpanan melalui sistem pepaipan dimana ia dapatmengurangkan tenaga bagi siraman secara manual.

                                                                         Gambar 5

Gambar 6





                                                                         Gambar 7





Gambar 5: Sistem perpaipan yang digunakan di tapak projek tanaman terung.
Gambar 6: Tempat simpanan air untuk disalurkan kepada tanaman terung.
Gambar 7: Sistem perpaipan



5.0 PEMINDAHAN ANAK BENIH

          Anak benih yang tumbuh dengan baik dalam nurseri setelah keluar daun antara 2 hingga 3 helai akan dipindahkan ke dalam polibeg dari dalam dulang “germination tray”. Proses pemindahan dilakukan setelah anak benih tiba di tapak projek di Politeknik Jeli dari pihak BMO.

          Namun, proses pemindahan dapat dilakukan hanya setelah anak benih dibiarkan menyesuaikan diri dengan persekitaran setelah berada 2 minggu didalam nurseri.Campuran tanah juga turut dibasahkan bagi memberi kelembapan kepada anak benih terung.

                                                                            Gambar 8
Gambar9



Gambar 9

Gambar 10

Gambar 11

Gambar 8 dan Gambar 9: Aktiviti pemindahan anak benih terung ke dalam polibeg yang
mengandungi campuran tanah, pasir dan bahan organik.

Gambar 10 dan Gambar 11: Anak benih telah siap dipindahkan ke dalam polibeg.



6.0 KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT

            Kawalan perosak ini penting bagi tanaman terung untuk menghasilkan buah terung yang lebih berkualiti dan bermutu tinggi di pasaran.Terdapat banyak jenis perosak dan penyakit tanaman terung antaranyapengorek pucuk dan buah(Leucinodes orbornalis).Penyakit ini menberi kesan kapada buah dan daun seperti pucuk layu dan buah berlubang-lubang halus,hama-hama juga adalah salah satu perosak yang menyerang pokok terung ini dan memberi kesan kepada daun seperti daun berkerekot, berbintik dan berkarat.Itu adalah serba sedikit penyakit yang kami ketahui yang kebiasaannya menyerang tanaman terung.

            Sebelum melakukan kawalan perosak ini, kita mestilah mengenalpasti serangan perosak dan penyakit yang telah menyerang pokok terung. Seterusnya,mengetahui kadar serangan yang berlaku dengan mengambil data keseluruhan plot. Setelah semua data telah diambil dan telah mengenal pasti jenis serangan perosak, untuk mengawalnya adalah dengan menggunakan racun organik iaitu racun Repellant untuk mengawal serangan perosak tersebut. Fungsi racun organik Repellant adalah untuk menghalau serangga perosak.

ALATAN DAN BAHAN-BAHAN REPELLANT
1.      Sediakan botol air dengan isipadu 1.5ml
2.      Sediakan bawang putih
3.      Sediakan Molasses
4.      Sediakan tepung ubi

CARA-CARA MENYEDIAKAN REPELLANT
1.      Bancuhkan bahan-bahan racun perosak dan penyakit organik( yang dibekalkan oleh BMO) dan masukkan kedalam botol air dengan isipadu 1.5ml.

CARA KAWALAN
1.      Sembur racun tersebut pada keseluruhan plot tanaman terung.

 

                                                              Gambar 12
Gambar 12: Aktiviti semburan Racun Repellant organik pada tanaman terung bagi menghalau serangan perosak.



7.0 PEMBAJAAN

             Baja adalah bahan organik dan bahan tidak organik daripada bahan semulajadi atau sintetik yang ditambah ke dalam tanah untuk pertumbuhan pokok antara faktor yang diambil kira untuk pembajaan termasuklah jenis tanah, umur tanaman, keadaan iklim dan jenis baja yang akan digunakan.

            Baja yang digunakan untuk projek tanaman terung adalah baja organik.Baja organik merupakan baja asli yang berasal daripada organism hidup. Baja organik ini akan dapat meningkatkan aktiviti mikroorganisma dalam tanah, mempercepatkan penguraian bahan organik  dan membaiki tekstur tanah.

CARA PEMBAJAAN:
Baja ditabur atau disebarkan mengikut kadar keperluan tanaman diatas tanah dalam polibeg dengan cara manual iaitu menggunakan tangan.

Gambar 13

Gambar 13: Aktiviti manabur baja organik dalam polibeg tanaman terung.



8.0 SISTEM SOKONGAN (PANCANGAN)

            Pokok terung akan terus membesar dan semakin tinggi mengikut tempoh kematangan. Namun, hasil (buah terung) boleh meyebabkan pokok tumbang kerana pokok tidak mampu menahan berat buah yang dikendong menyebabkan ranting pokok patah dan hasil tanaman berkurang.Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, penggunaan pancangan telah digunakan.Pancangan tersebut adalah buluh yang telah disediakan oleh Pengurus Projek Tanaman Terung. Siatem sokongan ini telah dipasang pada setiap plot tanaman dengan kedalaman pancangan setiap plot adalah 2 kaki.


Gambar 14
Gambar 14: Aktiviti memasang pancangan buluh pada setiap plot tanaman dilakukan.



9.0 KAWALAN RUMPAI

           Rumpai merupakan tumbuhan yang tidak diingini dan tumbuh di kawasan tanaman mahupun di luar kawasan penanaman.Antara keburukan apabila kawalan rumpai idak dilakkan terhadap tanaman terung adalah menjejaskan kualiti tanaman apabila berlaku persaingan mendapatkan nutrient antara tanaman dan rumpai. Apabila kualiti tanaman merosot, hasil tanaman juga akan merosot dan akan berlaku kerugian di atas tanaman yang di usahakan.

            Rumpai-rumpai tersebut ada yang jenis kecil, tinggi, menjalar dan sebagainya.

CARA KAWALAN:
1.      Membuang rumpai-rumpai yang tumbuh didalam polibeg dan kawasan luar polibeg menggunakan kaedah manual iaitu mencabut dengan tangan.
2.      Menggunakan mesin pemotong rumput adalah kaedah yang digunakan untuk mengaal rumpai dikawasan sekeliling polibeg dimana rumpai tersebut sukar dicabut menggunakan tangan.


Gambar 15
Gambar 15: Aktiviti merumpai dijalankan bagi membuang rumpai-rumpai yang tidak
diingini di dalam polibeg.



10.0 CANTASAN

            Proses cantasan tanaman terung dilakukan beberapa minggu selepas penanaman dan dilakukan hanya sekali pada satu tanaman. Cantasan yang dilakukan adalah untuk membuang tunas dimana pertumbuhan tunas akan menyebabkan pokok mengalami kurang nutrient untuk membesar dan tunas ini akan menggunakan nutrient tersebut untuk pertumbuhannya.

            Tujuan tunas ini dibuang adalah untuk memastikan nutrient yang dibekalkan dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh pokok untuk meingkatkan pembesaran dan penghasilan buah. Tunas yang dibuang dikenali sebagai tunas air yang muncul selepas cabang utama. Tunas yang tumbuh selepas proses cantasan pertama dilakukan akan dibiarkan sehingga pokok mati.

Gambar 16

Gambar 16: Aktiviti mencantas tunas air tanaman terung.



11.0 TUAIAN HASIL

            Setelah beberapa minggu projek tanaman terung hasil kerjasaman Politeknik Jeli Kelantan dan BMO Enterprise dijalankan, kini tuaian hasil tanaman terung dapat dipungut walaupun masih dalam skala yang kecil kerana pengeluaran buah baru sahaja dapat di tuai.

Gambar 17

Gambar 17: Aktiviti mengutip hasil tanaman terung telah berjalan setelah beberapa minggu
projek dijalankan.


KESIMPULAN
 
            Projek tanaman terung hasil kerjasama Politeknik Jeli Kelantan dan Beneficial Microorganism (BMO) Enterprise menunjukkan hasil yang baik. Pelajar jurusan Diploma Agroteknologi Semester 1 dan Semester 2 Sesi Jun 2015 telah menerima segala pendedahan dan kemahiran yang diberikan oleh pihak BMO semasa pengurusan tanaman berlangsung bermula dari penyediaan tapak projek, penyusunan polibag yang mengadungi campuran tanah, pemindahan anak benih dari dulang “germination tray”, pengurusan perosak tanaman, memasang pancakan pada setiap plot tanaman, pembajaan, kawalan rumpai dan mencantas tunas air. Kini, tanaman terung telah mengeluarkan hasil buah yang semakin bertambah dan ia boleh dituai dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment